HOME OWNER FRIENDS LINKIES

29 December 2013

Ahad terakhir.

ASSALAMUALAIKUM
Seperti korang sedia maklum yang Johor dah tukar cuti dari Sabtu & Ahad ke Jumaat & Sabtu. Hmm, mesti rasa awkward gila nanti kan? Tapi in shaa Allah, lama-lama biasa lah. Tapi tadi ada sorang kawan sekolah Meera (budak cina) cakap dekat wechat yang sekolah Meera cuti macam biasa. Means, hari sabtu & ahad. Dia kata sebab sekolah Meera ni bukan sekolah semua melayu. Convent. Biasa lah. Campur. Bukan islam je. Tapi kalau di ikutkan memang 75% semua bukan pelajar islam. Err, tapi tak lagi confirm. Kalau betul lah apa yang kawan Meera cakap, pheww! Alhamdulilah :b haha. Bukan nya Meera tak nak cuti hari Jumaat. Tapi.. Memang dah terbiasa dari kecik cuti sabtu. 
P/S : Sekolah Meera semua perempuan. Cikgu lelaki pulak kebanyakan bukan islam. So boleh lah cuti hari jumaat kan? :b hehe. Lebih-lebih pulak. 
Adios!

28 December 2013

Sekolah.

ASSALAMUALAIKUM
Tak lama lagi. Sekejap je lagi-.- err. Actually lagi berapa hari je kan dah nak naik sekolah. Fuhhhh fuhhfuhh, macam-macam rasa. Excited, malas, ehh semua nya lah rasa. Barang sekolah Meera pun tak lengkap lagi. Beg, tudung & pen tak beli lagi. Ingat semalam nak keluar pergi beli. Tapi.. tak jadi. Rasa malas nak keluar. Nak menghabis kan masa cuti sekolah duduk rumah. Hah, pulak! :3 Macam-macam. Hehe.
P/S : Excited nak jumpa kawan-kawan je. Hehe! 
Adios!

27 December 2013

Loading...

ASSALAMUALAIKUM
Eunji from Apink 
Urghh, sakit hati bila internet lambat. Loading sana loading sini-.- Tadi ingat nak join 2 GA. Tapi bila nak follow, Ya Allah. LAMBAT! Terus batal kan niat nak join :( haa! Sadis betul! GERAM!

25 December 2013

Random.

ASSALAMUALAIKUM
Berapa hari dah blog ni menyepi, takde post sebab balik kampung. Hihikss, sama macam sebelum ni. Tapi sebelum ni lagi lama kot. Berbulan-bulan. Memang cadang lepas je dari PMR nak aktif balik dekat blog. Tapi lepas je exam, hah! Tak aktif pun. Haha. Sibuk dengan aktiviti lepas PMR pulak. Tahun depan? Hmm, tak tahu lah apa jadi pulak dengan blog ni. 
Baju, beg, kasut & barang-barang sekolah dah beli? Meera satu pun tak beli lagi. Haha. Rasa esok baru nak start pergi beli. Lagi satu, tengah fikir. Sama ada tahun depan nak terus jadi librarian or tak. Tak decide lagi!
Tak tahu lagi nak bebel apa, hmm. Adios!

20 December 2013

Contest Azam Hijrahku by Dunia Zumal

ASSALAMUALAIKUM
Hehe, tadi tengok cbox. Abang Zumal jadi followers Meera yang ke-450. Meera nak follow balik blog abang Zumal ni, then ternampak abang Zumal ada buat GA. Jom ramai-ramai kita join GA abang Zumal ni^^
Nak join? Tekan banner atas ni^^
Azam hijrah ku ialah untuk terus berusaha tanpa berputus asa. Since keputusan PMR Meera yang baru-baru ni lebih banyak B dari A, tahun 2014 ni Meera nak lebih focus. In shaa Allah. Meera jugak nak jadi anak lebih soleh. Paling penting tahun depan tak nak tinggal-tinggal solat dah :)
Btw, Meera ada terbaca pasal kucing abang. Hmm. Mesti sedih kan? Kucing Meera dulu hilang taktahu dekat mana. Lama tak balik rumah :')
Adios!

Segmen Sahabat Selamanya II

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


 


"Segmen Sahabat Selamanya II" adalah sambungan daripada Segmen Sahabat Selamanya yang pernah hani anjurkan sebelum ini. Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama  blogger.Bak kata pepatah“ yang jauh,didekat-dekatkan, dan yang dekat,dirapat-rapatkan”.
Segmen ini diadakan selama dua minggu,iaitu bermula pada 07/12/13 sehingga 11.59 malam pada 21/12/2013.

Segmen Sahabat Selamanya II by DiyanaHani di jayakan oleh DiyanahaniERAZ FadliNORLIDA, Hajar , Wanie , Hannah, dan Akofena Enterprise. Terima Kasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada para sponsor. 


Diharap semua blogger sudi merajinkan diri menyertai segmen ini.
Jangan lupa blogwalking untuk mencapai tujuan utama segmen ini diadakan.   

APA TUNGGU LAGI!!! 
KLIK BANNER DAN JOIN.KALAU TAK BOLEH KLIK BANNER,KLIK AYAT KAT BAWAH BANNER YER...JOM JOIN.CARI KAWAN RAMAI-RAMAI.. 

19 December 2013

Giveaway Peserta Bertuah



KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013

Keputusan.

ASSALAMUALAIKUM
Yang ambil PMR macam mana keputusan korang? Apa pun yang korang dapat tahniah! Meera? *lap air mata* alhamdulilah, okay lah kot? Takde yang fail, C & D pun takde. Ada A dgn B. Cuma A tu tak berapa nak banyak. Hehe. Memang sedih apa yang Meera target tak dapat. Nak buat mcm mana. Orang ckp menyesal pun dah tak guna sebab benda tu dah lepas pun kan? :')
Form 4 nanti Meera rasa nak ambil aliran perakaunan. Tak pun apa je aliran yang ada kena dengan penulisan. Wuuwu~ Hehe, apa pun tunggu je lah tahun depan.
Stop crying, wipe your tears. Stand ahead, move on. Start a new life. Everyday is a second chance. Allah always with you 
Adios!
P/S : Tak nak lah bagitahu Meera dapat berapa :'( Tak rasa nak bagitahu lagi. Hmm, yg pasti memang bukan straight A lah. 

18 December 2013

PMR PMR PMR!

ASSALAMUALAIKUM
Tahu kan esok keputusan PMR tahun ni akan keluar? Hanya Allah je yang tahu macam mana Meera rasa sekarang ni *dupdapduuuupdap* Adakah esok Meera menangis sebab gembira? Atau sebalik nya? Hmm. Serious takut! BERDEBAR! Rasa macam tak nak je pergi muncul kan diri dekat sekolah esok. Nak duduk dalam bilik, kunci pintu bilik, nangis sorang-sorang. Ha ha ha :( Untuk semua batch 98' yang nak ambik result esok, GOOD LUCK okay? Meera doakan semoga semua batch 98' dapat keputusan yang cemerlang. Amin.
Ya Allah, Engkau permudahkan lah segala urusan kami pada esok hari. Amin.
Saja update awal. Mana tau esok Meera sedih sangat sampai tak boleh nak update. Hehe! Doa kan Meera ya? :)
Adios!
P/S : Korang ada instagram? Follow Meera k? http://instagram.com/meeraishak98. Nak Meera follow back? Tinggal kan username korang dekat comment bawah ni! :)

16 December 2013

Followers yang ke 444

ASSALAMUALAIKUM
*dalam kotak pink tu followers ke 444 Meera*
Tadi bukak blog, tengok followers ada 444! Haha, alhamdulilah. Setahun lebih dah Meera buat blog ni, bebel macam-macam dalam blog ni. Hehe. Terima kasih yang follow blog Meera. Nak Meera follow balik? Boleh je. Tinggal kan link korang dekat entri ni, takpun dekat cbox. Nanti Meera follow balik yea :)
THANK YOU SO MUCH! ILY

15 December 2013

Instagram?

ASSALAMUALAIKUM
Siapa ada instagram dekat sini? Hehe. Kalau ada meh follow Meera^^ Meera baru lagi dekat insta ni. Korang follow Meera, nanti Meera follow balik. Jangan risau :)

Instagram
Tekan button atas ni okay? 
Insta : @meeraishak98
I LOVE YOU! hehe.

14 December 2013

13.12.13

ASSALAMUALAIKUM
13.12.13 tu semalam, haha. Memang Meera update lambat sebab semalam penat *penat buat apa pun taktahu. hehe*. Actually semalam BIRTHDAY AYAH & TAYLOR SWIFT (!!!) Haha, excited betul. Sehari sebelum birthday ayah Meera tidur awal. Ingat tepat pukul 12.00 am nak wish, haha. Tertidur. Tapi pukul 12.12 am Meera tersedar. So ambik phone msj "Happy birthday!" and tengok-tengok tertidur balik. Haha, dengar ada msj masuk. Tapi Meera tak baca pun. Terlalu mengantuk :b esok pagi nya baru Meera check. Hehe! Tak lupa jugak dekat Taylor Swift! 
-Sorry, entri ni memang takde gambar nak upload. Memandang kan phone Meera pun tengah "sakit" haha. So takde lah. Hehe-

13 December 2013

Hilang!!!

ASSALAMUALAIKUM
Hilang!! Habis semua hadiah yang Meera dapat hilang! Sebelum kakak Meera kawen, Meera ada kemas hadiah-hadiah tu semua. Meera letak dalam satu kotak. Then tadi, baru Meera teringat pasal kotak tu. And cari-cari tak jumpa!!!!! Urghh, dalam kotak tu ada hadiah dari kawan-kawan Meera, Jit Xin, hadiah birthday bulan Mac haritu. T-T warghhh! Sedih nyaaaaaaaaaaaa. 

12 December 2013

Kalau esok hari terakhir Meera?

ASSALAMUALAIKUM
Wah tajuk bukan main lagi kan? :b hehe! Sebenarnya macam ni, tadi Meera bukak ask.fm. Bila Meera bukak ada "someone" tanya soalan. Dia tanya ;
Haha! Antara banyak soalan yang korang tanya, soalan ni yang paling menarik! Menarik untuk nak jawab. See, siap buat entri lagi :b *act saje je. Haha. Takde idea nak bebel apa. Tulis entri ni pun jadi lah* 
--Err, sorry bebel. Tapi bawah ni jawapan untuk soalan tu--
Benda pertama yang Meera nak cakap; TERIMA KASIH! Terima kasih dekat ibu & ayah Meera sebab dah susah payah besar kan Meera, jaga makan minum, bagi tempat duduk yang selesa *laptop! internet! haha! handphone*, baju and semuanya lah! PERFECT! Tak pernah pun ada yang kurang. Bagi Meera belajar :) Semua tu dah cukup. Meera nak ucap kan terima kasih dekat semua orang yang pernah hadir dalam hidup Meera (bestie! cousin, Fira! kawan-kawan!), bayang kah lah kalau korang takde dalam hidup Meera sebelum-sebelum ni mesti Meera susah kan? Yelah, korang dah banyak dengar isi hati Meera. Dengar Meera nangis malam-malam. Sudi dengar apa yang Meera nak luah kan. Terima kasih! :) Kalau memang betul esok hari terakhir Meera *jodoh, maut semua nya di tangan Allah kan? Siapa tahu kalau betul ke? :)* halal kan semua nya okay? Halal kan apa yang korang dah bagi dekat Meera. Maaf kalau sebelum-sebelum ni ada yang sakit hati sebab salah Meera sendiri. Sorry! Maaf kan tau?! Nanti kalau Meera dah takde, jgn lupa sedekah kan al-fatihah *lap air mata* . Haha! Ter"emo" pulak :') 
Haha, okay tu je lah jawapan untuk soalan tu. Memang banyak lagi nak cakap. Tapi... kalau tulis satu persatu memang sampai esok pun tak tentu siap lagi entri ni kan? :b
UNTUK ORG YANG TANYA SOALAN TU : You made me cry! Haha :'D
Bye! Sorang korang 

10 December 2013

Classmates.

ASSALAMUALAIKUM
Classmates? Hehe. Okay memang dari semalam Meera nak update entri pasal classmates. Tapi semalam lepas tengok Catfish dekat MTV rasa malas pulak nak menaip. Lagi-lagi lepas makan coklat cadbury yang ibu baru beli. Bertambah-tambah kemalasanya untuk menaip :b okay. Meera rasa baik stop bebel and tulis pasal classmates. Hihikss, sorry!
Ni gambar kelas Meera. Hehe, setiap tahun memang ambik dua. Satu untuk masuk kan dalam majalah sekolah, satu lagi bebas.
Semua cover muka. Haha.
Haha. Peaceeeee! ^^v Comel kan cikgu Murni :b
Ni pulak gambar masa nak buat video untuk Hari Guru! *ni tak semua ada. ada beberapa balik orang awal*
Meera dah berkawan dengan dia orang semua ni dekat nak 3 tahun dah. Yep, memang best berkawan dengan dia orang semua. Semua sporting. Hehe, ni baru nak bermula entri ni. Meera kenal kan sorang-sorang okay? *maybe tak semua :b yang Meera rapat je lah. Hehe*
Low Jit Xin ; Kita orang memang classmate dari form 1 lagi. Ingat tak sebelum ni Meera ada update satu entri pasal kawan Meera yang ni. Dia ni duduk sebelah Meera dari awal tahun sampai lah nak exam PMR. Dia yang banyak tolong Meera kalau ada yang tak faham math. Dia selalu cerita pasal idol dia (Show! *penyanyi Taiwan kot*) and kita orang selalu cerita macam-macam. Kalau masa sejarah, kita orang suka ketawa-ketawa walaupun cikgu dekat depan tengah mengajar :b err. Sorry cikgu Shima. Janji tak buat lagi. Hihi. Thanks Jit Xin. Thanks for everything. Harap friendship kita kekal sampai bila-bila. Sekarang pun memang still contact, wechat kan ada. Hehe!
*time ni Meera tengah blur. Hehe*
Nazera Illiyana ; Ni lagi sorang. Hihi, Meera dengan Nazera memang classmate dari sekolah rendah lagi. Naik sekolah menengah pun still classmate. Dia ni pun "gila-gila" orang nya. Sporting. Dekat sekolah selalu gossip pasal Josh Hutcherson, Zac Efron and etc. Senang cerita semua yang handsome-handsome dia tahu pasal dia orang. Haha. Meera pun kalau bab-bab ni memang join sekali. Sekepala :b dalam kelas agama kita orang duduk belakang sekali. Dah 2 tahun duduk dekat tempat yang sama. Biasalah kalau dah duduk belakang memang bercakap je. Hehe! Tapi masa ustazah kita orang mengajar dekat depan kita orang focus k. Cuma masa nak buat kerja je kita orang banyak cakap :3 dia pun banyak tolong Meera. Thank you Nazera!
*kiri; Mai, kanan; Nazihah*
Maisarah ; dia ni lah "kakak" Meera dalam kelas. Suka bebel. Hahaha. Memang happening gila kawan dengan dia. Dia pun banyak tolong Meera dalam math. Dekat sekolah Meera pangil dia Maimaiii. Hehe. Mai ni kpopers! Semua cerita pasal kpop datang dari Mai dgn Nazihah. Mai ni tengok je macam ni, tapi sebenarnya dia kuat makan tau! Tak percaya? Haha! Percaya lah :b memang Mai ni kuat makan. Kalau masa rehat tengok je makanan dia. Tapi kalau korang mintak sikit makanan masa rehat mesti dia bagi. Baik hati gituuu! Lagi satu korang perlu tahu, tulisan Mai ni memang cantik. Semua homework dia kemas je. And dia lah yang selalu bagi Meera copy homework yang Meera tak sempat siap. Thank you so much Maimaii.
Nur Nazihah ; ni lagi sorang "kakak" Meera dalam kelas. Meera start kawan dengan Nazihah ni tahun lepas. Sebab masa form 2 baru kita orang satu kelas. Masa form 2 kita orang selalu pergi bilik KH sama-sama. Then nak di takdir kan jugak *cehhh ayat dia :b* tahun lepas Meera duduk depan Nazihah ni. And... tahu tak? Tahun ni jugak entah macam mana Meera still duduk depan Nazihah ni. Hehe. Cuma partner sebelah kita orang lain. Tak sama. Biasa kalau cikgu takde Meera kan pusing belakang :b apa lagi kalau tak berbual-bual. Tapi kalau banyak sangat homework Meera akan buat. Nazihah ni pun selalu tolong Meera. Dia memang pandai math. Ni pun lagi sorang suka kpop. Hihikss. Peminat tegar EXO ni :b lol.
Ashley ; Ni lagi sorang classmate Meera dari form 1. Comel kan dia? Hihi. Tahu dah. Korang nak tahu tak? Suara Ashley ni lembut gila-gila. Slow je kalau dia bercakap. Memang comel macam orang nya. Dia ni pun sopan santun tau :b haha. Kalau cikgu suruh baca karangan ke apa mesti satu kelas senyum-senyum. Sebab apa? Hehe sebab nya kita orang tak kan dengan suara Ashley ni dengan jelas. Haha, memang halus je suara dia! :)
#ballet
Ni lah Wen Chin, orang yang suka sangat menari ballet dalam kelas. Haha. Dia dengan lagi sorang, Yong Wei. Tahun lepas Meera duduk sebelah Wen Chin ni. Memang suka bercakap orang nya :b dia selalu tanya Meera! Memang selalu lah bebel-bebel. Ni lah yang buat Meera and Nazihah and partner yang duduk sebelah Nazihah selalu ketawa. Semua sebab Wen Chin ni funny :b hehe. 
#potter head
yep! Siapa dekat sini peminat Harry Potter? Mesti ramai kan? Hehe. Kawan Meera, Lee Min Hui pun peminat Harry Potter. Meera pun sama. Ingat lagi kita msj sambil tengok Harry Potter. Haha. Memang best lah. Dari Harry Potter start sampai lah Harry Potter habis. Kita orang msj je. Kalau tak silap setiap hari jumaat malam ada tayang kan cerita ni dari yang first sampai akhir. Selama HP ni di tayang kan jugak lah kita orang msj. Memang best ada classmate yang sekepala ni.
#kelas paling kreatif
Cakap pasal kelas paling kreatif mesti orang cakap pasal kelas kita orang. Yeahh! Memang kelas kita orang ni cantik :b sebab banyak hiasan. Dashboard kelas pun semua cantik! Serious! Sampai pengetua pun selalu puji. Ivy Tee lah orang yang banyak tolong dalam penyiapan keceriaan kelas! Hehe. 
#kelas paling bising
Kreatif kreatif jugak. Tapi kelas kita orang pun famous dengan kelas yang paling bising tau. Hahaha! Memang sangat famous :b hihihi.
Sorry lah, Meera tak dapat nak describe semua. Sebab kebanyakan nya Meera takde gambar dia orang. Hee! Jangan sedih k? :'b Banyak sangat kenangan yang kita lalui sepanjang jadi classmates 2013 ni. Ketawa, kena marah dengan cikgu, tapi tu semua tak jejas kan persahabatan kita. Yeah. Korang dah macam family. Ada yang menari ballet (Hang Wen Chin & Goh Yong Wei!!!), nyanyi ramai-ramai. Especially time birthday. Mesti kita akan nyanyi lagu happy birthday dalam 4 bahasa; Melayu, english, cina & tamil. Masa birthday Meera pun korang nyanyi kan. Memang rasa macam nak nangis masa tu. Hihiks. Walaupun kadang-kadang kita tak sepakat tapi korang still the best! Ada je idea yang nak baik semula. Memang BEST! Tak lupa jugak dekat "model" kelas, Emily (monitor) yang memang banyak sabar dengan kerenah kita orang satu kelas yang sememang nya suka sangat buat bising :b hehe! Ohh dengan Apoji -datuk dlm bahasa korea. tp tak tahu eja betul tak- (our asst. monitor yang suka sangat makan dlm kelas. hehe. kantoi!) yang selalu bebel time kita orang bising. Tapi kadang-kadang dia pun suka join sekali. Terima kasih semua! Kenangan dengan korang semua memang tak kan di lupaka sampai bila-bila. Serious :')
Semoga kita satu kelas & semua batch '98 akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Amin!
Guru kelas : Puan Murniayati Azilin bt Othman
SENARAI PELAJAR 3(3) SMK CANOSSIAN CONVENT, KLUANG 2013 :
Emily How (monitor), Gan Yee Shien (asst. monitor), Lee Min Hui, Tharaniya, Dineshwary, Lim Xin Ying, Lai Sok Ling, Nor Shafika, Ivy Tee, Ashley, Chai Jia Min, Goh Yong Wei, Hang Wen Chin, Tey Shin Ying, Jivani, Pan Zhi En, Pang Ming Shuen, Low Jit Xin, Tanisha, Ezza, Nur Nazihah, Maisarah, Nazera Illiyana, Jay, Waisu, Angeyln, Najihah, Dini, Hidayah, Shankeri, Kwan Shu Xuan, Chai Jing Ming, Chan Xiu Ting, Lau Wen Qi & Me!!! :b
gambar ni Meera ambik masa class party. Ingat nak ambik selfie dengan setiap orang. Hm, tapi tak sempat :'(
ni pulak gambar lepas PMR dlm makmal science. Rindu nyaaa :')
Haha. Okay lah. Rasa sampai sini je lah entri kali ni. Whoa! Rasa ni entri terpanjang dalam sejarah yang pernah Meera taip!! Kalau nampak typo ke apa, sorry lah. Meera tak sempat nak betul kan. Nanti kalau banyak masa lagi Meera betul kan okay? :) Sayang korang! Bye :')
#conventgirls #3(3) #2013 #smkcc #classmates #happening #sporting #loveya #muahhhhh! #friendships 

09 December 2013

Yeay! Blog dah bertukar.

Blog dah bertukar? Bertukar jadi apa? Transformers? Haha. Tak la :3 Blog Meera bukan nya robot boleh bertukar-tukar. Actually, blog ni dah Meera tukar sikit-sikit malam tadi. Memang tak nak tukar semua. Yang Meera tukar just header, gambar and beberapa lagi. Tapi maybe Meera akan tukar lagi sikit. Hehe. Semalam Meera buat header je dah berapa jam *ni semua sebab lama sangat tak guna photoshop. Dah lupa :b* adjust size semua. Memang susah sebab dah lama sangat tak edit. Lupa semua. Hehe.
*ni sebelum edit*
Yang atas ni pulak selepas edit. Memang Meera tak tukar semua. Cuma nanti gambar dekat sidebar tu Meera nak tukar jugak. Tapi s2 Meera punya bateri tak betul-.- so nanti bila dah betul baru Meera tukar. Dekat header yang baru ada '' gambar kucing. Comel kan? :b Meera pun tak tahu kenapa Meera letak gambar tu dekat situ. Haha.
Pendapat korang tentang perubahan ni? Comment ye ;)
Adios!


08 December 2013

December?

Assalamualaikum. Hi *lambai tangan*
*ni gambar masa class party*
Dah lapan hari pun masuk bulan 12 ni :b Meera baru sibuk nak update entri. Tu lah kalau jadi bila malas nak menaip. Ckp pasal masuk bulan 12 ni, hm tak lama lagi keputusan PMR nak keluar dah. Kalau tak silap keluar results 10.12.13 ni? Rasa memang betul. Maksudnya tinggal 2 hari je (!!!) Haha, siapa yg tak kecut perut. Tapi serious Meera ckp, masa PMR memang Meera tak serious. Haihh, nak menyesal? Dah terlambat pun. Doa je lah :) *ape yg Meera buat tak nak lah cerita dkt sini. MALU -////-* tp apa-apa pun korang doakan Meera ye? Doakan untuk semua batch '98. Minta-minta semua dapat keputusan yg cemerlang. AMIN!
Hehe. Meera update simple je harini. Lama sangat tinggal blog ni. Berhabuk. In shaa Allah, blog ni akan bertukar wajah tak lama lagi. Tp sikit je lah. Malas nak edit banyak-banyak :b hehe.
Jumpa dalam entri yg seterusnya! 
Bye. Assalamualaikum.

Kepada mangsa-mangsa banjir, jaga kesihatan korang tau! Jgn main air!

06 November 2013

Hi Bloggie! Meera miss ya ❤

Assalamualaikum! 
With Kak Long and Kak Lang 
Ya Allah, rindu nya dgn blog ni! Haha :') lama dah kan Meera tak update? 2-3 bulan? Hmm. Ingat lepas PMR Meera nak update. Tapi... haihhh, malas menguasai diri! Hehe. Selama Meera tak update ni banyak benda jadi. Semua best-best! Kalau boleh nak update semua yg jadi. In shaa Allah. Nanti Meera update satu per satu okay? :) senyum senyum! Haha. Serious! RINDU!! Rindu blog ni, rindu nak BW blog korang semua! Rindu! Tapi maybe dlm minggu ni Meera still tak boleh nak selalu update or BW. Sebab Sabtu nak pergi KL. Maybe ahad atau Isnin baru balik. Nanti lepas balik dari KL boleh lah Meera update banyak-banyak. BW blog korang yg comel momel *err, momel? Bahasa apa tah?* Haha. Btw, 1.11.13 haritu kakak Meera yg first dah selamat di nikah kan *lap air mata* Congratulation Kak Long & Abg Nuar! Semoga kekal hingga ke anak cucu Full entri in shaa Allah esok pagi Meera update. Tak esok maybe lusa? Haha. Tak pun lepas Meera balik dari KL k? Hehe. Kalau tak ada apa-apa cepat lah entri tu ada dekat korang punya dashboard^^ and lagi Meera nak cakap, rindu nak masuk GA! Hmm. Meera memang dah cuti sekolah. Yela PMR semua dah habis. So cikgu kasi semua form 3 cuti awal. Yang lain jgn jealous okay? :b haha. Tunggu je lah, Meera nak join GA korang yang awesome-awesome tu. Kalau korang rajin tinggal kan lah link GA dkt bahagian comment. Boleh Meera join sama :)
Bye! Assalamualaikum 

01 September 2013

Post terakhir sebelum PMR❤

Assalamualaikum :) 
Hehe. Rasa dah lama tak post dekat blog ni. Last post bulan 6 ke 7. Lamanya! Kalau nak ikutkan memang Meera dah tak berapa nak aktif dekat blog sejak tahun ni. (Or maybe tahun lepas kot?) Yela, tahun ni PMR. Meera dah jarang bukak blog. Facebook pun sama. Kalau bukak pun sekejap je. 

*First day raya dekat rumah nenek Meera. Tahun ni warna kelabu*

Pageview dah lebih 10000+ Haha. Insane! Serious tak percaya. Btw, still tak terlambat lagi kan nak ucap SELAMAT HARI RAYA? :') Maafkan Meera kalau Meera ada buat salah dekat korang semua. Manalah tau kan, dalam banyak-banyak post Meera ni ada yang korang terasa? Minta maaf ya! And sorry lah kalau Meera tak reply msj korang dekat facebook. Meera onl facebook sekejap je. Lepas tu terus log out. Sorry sorry sorry! 

*Meera print screen ni minggu lepas xD*
Sorry sis Ain Dzaya and sis CT Noraishah, Meera tak dapat nak BW blog sis. In shaa Allah, lepas PMR Meera akan BW okay? Terima kasih lagi sebab comment dekat post Meera banyak-banyak! Haha. 

Homework!

Okay lah. Sebelum Meera akhiri *cehh ayat!* post ni, Meera nak minta maaf lagi sekali kalau Meera ada buat salah dekat korang. Maaf kan yea? :') Nak minta korang doakan Meera dapat jawab PMR dengan tenang. Amin.
Bye! Assalamualaikum. Jumpa korang lepas PMR nanti.


21 June 2013

6 pesanan Imam Ghazali.

Assalamualaikum :)
Gambar ni dah jelas kan semuanya :) 
Credit : @i_shah24
#SalamJumaat

Jerebu!

Assalamualaikum. 
Yeahh! Jumaat akhirnya. Tadi sebenarnya ada perjumpaan librarian untuk form 3 masal balik sekolah sampai pukul 2.00 pm. Tapi Meera dengan 2 orang lagi kawan Meera tak pergi. Sebab.. haha! Tak payah tahu la. Hmm, korang ada tengok berita tak pasal jerebu ni? Alahh, kalau tak ada tengok pun mesti korang tahu kan? Lagi-lagi kalau yang duduk dekat-dekat dengan Johor Bahru. Jerebu ada je dekat mana-mana. Meera belajar dekat sekolah pun susah. Susah nak focus, mata pedih! Belajar pun kita orang tutup tingkap dengan pintu. Haa! Macam belajar dalam gua kalau tak bukak lampu. Sekolah dekat dengan Muar ada yang dah cuti kan? Wee~! Best lah korang kan? Tapi tadi cikgu KH Meera cakap, kalau dah cuti nanti kena ganti balik :b Hehe. Tapi kalau cuaca dah teruk sangat memang semua kena cuti kan? Ganti tak ganti tu lain cerita. Hari rabu Meera pakai tudung hitam, bila nak pergi KH masuk je tengok dekat tudung dah ada benda warna putih! Wuu. Rasa macam salji je jatuh :b tapi ada beza salji dengan jerebu. Salji sejuk, jerebu tak! Salji tak membahayakan, jerebu membahayakan! Cehh-.- pandai je :b Haha! K la, mana tempat tinggal korang kena jerebu tu elak kan buat aktiviti dekat luar tau. Minum air masak banyak. 
credit : WeHeartIt
Bye! Assalamualaikum :)

15 June 2013

Ishh-.-

Assalamualaikum.
Korang pernah tak jadi macam ni? -.- Ishh, benda ni menyusahkan tau! Kejap kejap nak kena refresh. Tapi kadang-kadang kalau refresh beberapa kali pun benda nya still sama. So kena log out, then sign in balik. Nanti baru ada senarai blog yang kita follow tu. Tau tak macam mana nak elak kan benda macam ni? Sakit hati :x

Idea sempena bulan membaca peringkat sekolah.

Assalamualaikum.
Semalam masa balik sekolah ada perjumpaan untuk librarian dari pukul 12.05 p.m. sampailah 2.00 p.m. Then macam biasa cikgu buat ucapan. Tiba-tiba cikgu bagitahu tahun ni punya bulan membaca cikgu nak kita orang handle semua! Dari segi decoration, aktiviti-aktiviti and etc. Senang cerita sepanjang bulan membaca tu kita orang kena handle tanpa bantuan cikgu! A-Z! Fuhh~ Cikgu cakap cikgu akan sediakan duit, lepas tu yang lain kita orang fikir sendiri. Hmm. Setiap seorang mesti bagi idea untuk buat aktiviti apa masa bulan membaca ni. Btw, biasa setiap tahun semua sekolah akan sambut bulan membaca pada bulan Julai. Sebulan! And kakak pengerusi PSS nak idea kita orang di tulis dalam 1 kertas dan serahkan kepada ajk tingkatan hari selasa ni. Kakak tu cakap lagi, cuti minggu ni kena fikirkan betul-betul. Kalau ada 100 idea, 100 idea tu mesti tulis. Mana tahu kan ada yang sesuai. Lagi satu, korang pernah dengar tak pasal Scholastic? Alahh, yang order buku tu? Tapi yang ni semua buku english. Novel english. 
*ini antara catalog yang Meera simpan*
Haa. Ni lah yang Meera cakap tadi. Scholastic! Hoho. Actually macam ni, cikgu cakap sekolah Meera sekolah yang paling ramai pelajar beli. Maksudnya ramai budak sekolah Meera beli buku dari Scholastic ni. Cikgu cakap sekolah lain tak lah beli banyak macam mana sekolah kita orang *nampak tak yang kita orang ni memang suka baca novel-novel Scholastic! :b hehe* So nanti masa bulan membaca, cikgu dah confirm dengan kakitangan-kakitangan Scholastic untuk buat jualan dekat sekolah. Hehe. Yelah, sebelum ni kita orang isi borang, bagi duit and cikgu yang settle kan yang lain. Tapi kali ni 'orang-orang' Scholastic yang datang buat jualan dekat sekolah^^ excited! Tapi nanti sediakan je lah duit. Kalau buku dah depan mata, fuhh!! Rambang mata nanti. Tak tahu nak pilih yang mana! Haha. Hmm, kalau korang ada idea nak tolong Meera fikir aktiviti apa masa bulan membaca korang comment k idea korang tu. Tolong Meera? Boleh kan? *buat mata blink blink* 
byebye!

14 June 2013

Hadiah dari Jit Xin ♥

Assalamualaikum fellas.
Hehe. Hari tu Meera dapat hadiah dari classmate Meera! Cute gila-gila!
Comel tak? Haha. Hari tu dia tanya Meera suka warna pink ke coklat. Ofc Meera jawab pink! :b Then tiba-tiba lepas 2 hari tanya dia bagi Meera ni. Btw, nama kawan Meera tu Jit Xin. Dia cina. Kite orang duduk sebelah-sebelah dalam kelas^^ Best! Dia ni peramah. Kadang-kadang dalam kelas masa cikgu ajar, kita orang ketawa dekat belakang. And kadang-kadang, partner belakang kite orang pun join sekali. Lol. 
Jit Xin, Thankyou! 

08 June 2013

Mimpi.

Assalamualaikum fellas. 
Homework siap dah? :b hehe. Relax lah. Siapa yang tak buat lagi, esok still ada masa apa. Tapi baik jangan tangguhkan kerja. Nanti sampai ke sudah memang tak buat. Bila naik sekolah hari isnin, kena marah dengan cikgu. Haa.. kan dah susah? So apa  lagi pergi buat sana. Homework siap, hati pun senang :D 
Hmm. Nak cerita, malam tadi Meera mimpi someone ni. Alahh, kawan sekolah rendah dulu. Siapa? Yang tu tak payah tahu yea. Then pagi tadi ibu kejut suruh bangun sebab nak pergi cuci gambar untuk kerja kursus geografi. Bangun, mandi semua, ayah start enjin kereta terus pergi. Masa nak keluar rumah dekat simpang depan, nampak budak yang Meera mimpi tu! Naik motor. Kite orang punya rumah bukan taman yang sama. Maybe dia nak pergi rumah member dia, *tuttuuuut* hehe! 
Ohh okay, time jumpa tu Meera tengok dia. Dia maybe perasan Meera dalam kereta. Lepas tu terus pergi kedai gambar. Dah settle cakap nak cuci apa, auntie tu cakap nanti pukul 5 datang kedai ambik gambar. 
Lepas pergi kedai gambar, pergi giant pulak. Beli barang. Masa masuk tu, tempat pertama meera ajak ibu pergi dekat tempat ice-cream! Ambik ice-cream and beli lah sikit barang dapur. Nips! Hehe! Time tu ada offer. Ambik la banyak-banyak. Korang nak? Mehh, datang rumah. Bila dah siap ambik barang pergi bayar pulak dekat kaunter. Dah habis bayar pergi dekat kereta letak barang semua. 
Then!!! Tahu Meera jumpa siapa lagi? Meera jumpa budak yang Meera mimpi tu lagi. Wuu~ Dah lah malam tadi tiba-tiba mimpi pasal dia. Then nak keluar rumah terjumpa betul-betul depan mata! Nak balik rumah pun jumpa lagi? Whoa! Haha. Biasalah kalau jumpa kawan lama, mesti nak nyorok-nyorok kan? :b lama tak jumpa. Malu! Cehhhhhhhh-,- Hahaha!
Ice-cream + nips = perfect! Nyumm. Makan dulu.

Segmen Simple Giler by Ayna

Assalamualaikum! 
Hehe! Hari ini dah hari sabtu. Makna nya esok last cuti :( Hmm. Hoho. Tapi entri ni bukan sibuk nak cerita pasal habis cuti sekolah. Meera join GA lagi :D peace#
Meera dah buat semua syarat :D

Selalu Meera suka hari jumaat, tapi jumaat kali ni?

Assalamualaikum and hello bloggers!
Siapa yang tak suka hari jumaat? Hari terakhir sekolah dalam seminggu. Hari terakhir bekerja sepanjang hari, sebab biasa kalau kerja ni hari sabtu half day kan? Tapi bagi untuk budak-budak sekolah macam Meera ni lain pulak cerita bila tiba jumaat ni *semalam* tahu kenapa? Hmm! Sebab cuti sekolah dah nak habis. Whoa! Wait, dah dekat 2 minggu rupanya cuti sekolah. Tak perasan pun=,= Homework? Meera punya homework just salin rumusan folio sejarah dengan kerja lukis-lukis. Alhamdulilah dalam satu hari je dah boleh siapkan semua. Tapi.. rasa tak puas pulak cuti :( Rindu dekat kawan-kawan. Tapi.... naik sekolah nanti terus dapat result untuk exam setengah tahun ni. Duhh! Susah-susah! Ni yang tak suka bila tiba hari jumaat. Bila tiba hari jumaat maknanya sekolah dah nak dekat. Lepas ni trial untuk PMR pulak. Apa nak buat kan? Hmmm. Selamat malam.

07 June 2013

Giveaway "I Love U" Chocolate

Assalamualaikum :)
Hari ni nak join GA lagi. Weee! Excited sebab hadiahnya coklat! Siapa je yang tak suka coklat? *kecuali orang yang sibuk nak diet tu* hehe^^ lagi best bila menang korang boleh mintak untuk tulis apa je atas coklat tu. 
GA ini berlangsung selama seminggu. Apa lagi? Jom join. Tekan banner atas ni. 
Birthday ibu dah nak dekat. Mana tahu kalau menang ni boleh bagi ibu. Tak pun bagi ayah sebab hari bapa pun nak dekat dah! :)



P.S : nampak coklat atas tu. Err, tiba-tiba rasa lapar!

06 June 2013

Lapar :(

Assalamualaikum! :(
Hwaaa! Meera ni kalau malam-malam je mula lah lapar. Bila pergi dapur check apa-apa yang boleh makan. Hmm. Result dia hampehh sebab tak ada benda nak makan. Nak pulak ni ibu belum pergi beli barang dapar. Biskut tak ada, milo tak ada, susu tak ada, roti tak ada dan semua pun tak ada! -_- Aiyoo! Ni lah padah bila orang suruh makan petang tak nak. Kenyang lah apa lah! Sekarang lapar tak ada benda nak makan. Haa! Berlapar lah sampai esok pagi. Esok pagi tunggu sarapan je la. 
Jumpa gambar ni dekat We Heart It! Sedap nyaaaaaaaaaa :'(
k la nak sambung edit blog Miss AMNN. Siapa Miss AMNN? nak tahu? In shaa Allah nanti Meera update pasal AMNN ni okay?! bye.
BTW, dah tengok MV baru Taylor Swift ft. Ed sheeran - Everything has changed? Adorable! Ni yang rasa mcm nak ship TED♥ Hehehe!

Simple Giveaway #2

Assalamualaikum.
meera join^^

05 June 2013

Segmen +Follower II by Huda

Assalamualaikum (;
Weee~ Hehe. Sekian lama tak join GA/Segmen, and now Meera nak join!
korang nak join jugak? Tekan banner atas ni (:

Ada GA/Segmen yg best tak? Nak join!

Assalamualaikum! 
Blog Meera masih belum siap edit. Hahaha. Tingal sikit je. Relax la :b Btw, tadi Meera dah bw beberape org. Wahhh. Rasa lama dah tak BW blog org. Blog yg Meera BW tadi pun semua cantik-cantik! Jealous nya! :( Hee~ And setelah lama Meera tak join GA/Segmen, Meera akan start join semua tu balik. Korang ada tak GA/Segmen yg korang rasa Meera patut join? Kalau ada jgn lupa tinggalkan link ea? :D Sayang korang! K la nanti pukul 8, in shaa Allah Meera sambung BW.
Bye!

85% dah siap edit!

Assalamualaikum! (:

Hehe! Korang nampak tak berubahan dekat blog Meera? :b Ada? Ni lah 'baju' baru blog ni. Tapi Meera tak habis edit lagi. Nak tidur dah. Esok Meera kena datang sekolah. Dari pukul 8.30. Balik Meera tak sure pukul berapa. Hehehe. Okay. Nak post ni je. Nanti bila blog ni dah 101% siap, Meera bw blog korang semua ea? Jgn lupa tinggalkan link dekat cbox. Cbox lama Meera dah delete. Ni cbox baru!
Bye. Selamat malam bloggers! 


01 June 2013

Dalam proses edit blog.

Assalamualaikum (;
haii korang. sorrylah blog meera tengah edit sekarang ni. tu yg widget tp tu banyak tak ada. in shaa Allah kalau tak ada apa2, blog ni akan siap di edit esok. mintak2 lah. sebab sekarang pun tengah serabut, tak ade idea nak edit mcm mane. mane tak nye setiap kali cuti sekolah mesti edit blog. lama2 habis dah idea tak tahu nak edit mcm mane lg. haha! k la just nak bagitahu tu je. bye!
selamat malam!

20 May 2013

Mr. Squirrel

Assalamualaikum.
hehe. harini exam habis! whoooaa! actually belum habis lg :p haha. esok exam bahasa cina, tp meera tak ambik-,- lol. buat ape ambik. kira 1-10 dalam bahasa cina ye tahu. lg ckp benda yg bukan2 pun tahu dlm bahasa cina. ni semua kawan2 ajar :p tu lah. bila hari2 dengar dye org ckp cina nanti mcm automatik bende tu translate sendiri dlm kepala otak. oh! lupa rabu ni exam sivik and seni. and.... entri ni bukan nak cerita pasal exam. haha! nampak tajuk? ofc! nak cerita pasal tupai! 

cerita dye mcm ni :

lepas je habis perhimpunan pg td. kite org semua naik kelas. lepas tu meera tanya kwn meera jam pukul berapa and start exam pukul berapa. kawan meera ckp ada lg 15 minit nak baca buku. meera ambik la buku dlm beg and ajak kawan meera masuk *biasa kalau exam, classmate meera suka duduk luar kelas. sebab senang takpayah nak keluar letak buku balik. beg kite org dekat luar* so meera dgn kawan meera masuk la. duduk dekat tempat kite org. then masa kite org masuk ada sorang lg kawan meera masuk. duduk tak sampai 15 saat. meera nak pusing belakang nak tanya masuk ape. lepas tu tiba2 kawan meera yg lagi sorang ni menjerit. kuat! huhh! meera tak sempat nak pandang mana2. meera pun jerit sekali bila nampak kawan meera yg jerit ni tiba2 naik atas kerusi. haha! kawan meera yg lagi sorang pun dah jerit. kite org jerit. sampai lah kawan2 yg dekat luar ckp ade ape. *time ni meera tak tau lg sebab ape dye jerit. LOL* dye ckp ada e tupai. haihhh. dgr je dye ckp mcm tu meera terus jerit lari keluar kelas. yg budak ni pulak still diri atas kerusi sambil jerit. hahaha. serious. satu kelas dah mcm ape tadi. jerit jerit! tu je lah kite org. well~~ perempuan! tupai suatu benda yg comel tp agak "menyeramkan". then jerit punya jerit sampai rasa dah takde suare sebab asyik jerit je td. hahha. then miss chew *my math teacher* tanya ada ape.

MISS CHEW : whats wrong?
WE : SQUIRREL! *sambil jerit sane sini*
MISS CHEW : quiet. its exam time. everybody go inside the class. go.
WE : *dgn muka yg mcm baru kena histeria still takut nak masuk*

then muncul lah beberapa org classmate meera yg agak "brave" masuk dlm kelas bawak penyapu xD *okay tu lawak!!* dye org halau tupai tu. cikgu math meera pun ade dye tolong sekali. haha. akhir nya tupai tu berjaya keluar kan diri dye lalu pintu belakang kelas. and masa tupai tu keluar kite org still jerit sebab tupai tu mcm nak dtg dekat-,- main2 punya tupai!

MISS CHEW : saya rasa tupai tu bole kena heart attack bila dengar you semua menjerit tadi.
WE : HAHAHAHAH.

okay. this is the best experience! cehhh. haha. tupai tupai.. kenapa lah muncul time tu. habis 15 minit lepas tak dpt baca buku sebab kau. tp takpe. sebab tupai tu kite org jawab paper dgn happy :D muhahaha! 

okay. nanti cuti sekolah meera update banyak2 mcm dulu. biar dashboard korang penuh dgn entri meera je. kk? :D bye!!

sorry kalau ade typo ke ape! tak sempat nak check. nak out ni. byeeee

16 May 2013

Hi.

Assalamualaikum.
berzaman rasa tak post dkat blog ni.

ni lah crush baru meera. ehhhhhhh. haha. jgn salah faham. meera tak kenal pun dye ni personally. meera minat je dekat dye. Haqiem Rusli. haha. cuba korang search nama dye dekat google. then korang mesti kenal dye siapa. Nialler? hoho. nialler tetap dlm hati :* 
dahhhhhh. nak out. muhaha. esok exam science. #FIGHTING!!

assalamualaikum.