HOME OWNER FRIENDS LINKIES

08 June 2013

Mimpi.

Assalamualaikum fellas. 
Homework siap dah? :b hehe. Relax lah. Siapa yang tak buat lagi, esok still ada masa apa. Tapi baik jangan tangguhkan kerja. Nanti sampai ke sudah memang tak buat. Bila naik sekolah hari isnin, kena marah dengan cikgu. Haa.. kan dah susah? So apa  lagi pergi buat sana. Homework siap, hati pun senang :D 
Hmm. Nak cerita, malam tadi Meera mimpi someone ni. Alahh, kawan sekolah rendah dulu. Siapa? Yang tu tak payah tahu yea. Then pagi tadi ibu kejut suruh bangun sebab nak pergi cuci gambar untuk kerja kursus geografi. Bangun, mandi semua, ayah start enjin kereta terus pergi. Masa nak keluar rumah dekat simpang depan, nampak budak yang Meera mimpi tu! Naik motor. Kite orang punya rumah bukan taman yang sama. Maybe dia nak pergi rumah member dia, *tuttuuuut* hehe! 
Ohh okay, time jumpa tu Meera tengok dia. Dia maybe perasan Meera dalam kereta. Lepas tu terus pergi kedai gambar. Dah settle cakap nak cuci apa, auntie tu cakap nanti pukul 5 datang kedai ambik gambar. 
Lepas pergi kedai gambar, pergi giant pulak. Beli barang. Masa masuk tu, tempat pertama meera ajak ibu pergi dekat tempat ice-cream! Ambik ice-cream and beli lah sikit barang dapur. Nips! Hehe! Time tu ada offer. Ambik la banyak-banyak. Korang nak? Mehh, datang rumah. Bila dah siap ambik barang pergi bayar pulak dekat kaunter. Dah habis bayar pergi dekat kereta letak barang semua. 
Then!!! Tahu Meera jumpa siapa lagi? Meera jumpa budak yang Meera mimpi tu lagi. Wuu~ Dah lah malam tadi tiba-tiba mimpi pasal dia. Then nak keluar rumah terjumpa betul-betul depan mata! Nak balik rumah pun jumpa lagi? Whoa! Haha. Biasalah kalau jumpa kawan lama, mesti nak nyorok-nyorok kan? :b lama tak jumpa. Malu! Cehhhhhhhh-,- Hahaha!
Ice-cream + nips = perfect! Nyumm. Makan dulu.

No comments :