HOME OWNER FRIENDS LINKIES

10 December 2013

Classmates.

ASSALAMUALAIKUM
Classmates? Hehe. Okay memang dari semalam Meera nak update entri pasal classmates. Tapi semalam lepas tengok Catfish dekat MTV rasa malas pulak nak menaip. Lagi-lagi lepas makan coklat cadbury yang ibu baru beli. Bertambah-tambah kemalasanya untuk menaip :b okay. Meera rasa baik stop bebel and tulis pasal classmates. Hihikss, sorry!
Ni gambar kelas Meera. Hehe, setiap tahun memang ambik dua. Satu untuk masuk kan dalam majalah sekolah, satu lagi bebas.
Semua cover muka. Haha.
Haha. Peaceeeee! ^^v Comel kan cikgu Murni :b
Ni pulak gambar masa nak buat video untuk Hari Guru! *ni tak semua ada. ada beberapa balik orang awal*
Meera dah berkawan dengan dia orang semua ni dekat nak 3 tahun dah. Yep, memang best berkawan dengan dia orang semua. Semua sporting. Hehe, ni baru nak bermula entri ni. Meera kenal kan sorang-sorang okay? *maybe tak semua :b yang Meera rapat je lah. Hehe*
Low Jit Xin ; Kita orang memang classmate dari form 1 lagi. Ingat tak sebelum ni Meera ada update satu entri pasal kawan Meera yang ni. Dia ni duduk sebelah Meera dari awal tahun sampai lah nak exam PMR. Dia yang banyak tolong Meera kalau ada yang tak faham math. Dia selalu cerita pasal idol dia (Show! *penyanyi Taiwan kot*) and kita orang selalu cerita macam-macam. Kalau masa sejarah, kita orang suka ketawa-ketawa walaupun cikgu dekat depan tengah mengajar :b err. Sorry cikgu Shima. Janji tak buat lagi. Hihi. Thanks Jit Xin. Thanks for everything. Harap friendship kita kekal sampai bila-bila. Sekarang pun memang still contact, wechat kan ada. Hehe!
*time ni Meera tengah blur. Hehe*
Nazera Illiyana ; Ni lagi sorang. Hihi, Meera dengan Nazera memang classmate dari sekolah rendah lagi. Naik sekolah menengah pun still classmate. Dia ni pun "gila-gila" orang nya. Sporting. Dekat sekolah selalu gossip pasal Josh Hutcherson, Zac Efron and etc. Senang cerita semua yang handsome-handsome dia tahu pasal dia orang. Haha. Meera pun kalau bab-bab ni memang join sekali. Sekepala :b dalam kelas agama kita orang duduk belakang sekali. Dah 2 tahun duduk dekat tempat yang sama. Biasalah kalau dah duduk belakang memang bercakap je. Hehe! Tapi masa ustazah kita orang mengajar dekat depan kita orang focus k. Cuma masa nak buat kerja je kita orang banyak cakap :3 dia pun banyak tolong Meera. Thank you Nazera!
*kiri; Mai, kanan; Nazihah*
Maisarah ; dia ni lah "kakak" Meera dalam kelas. Suka bebel. Hahaha. Memang happening gila kawan dengan dia. Dia pun banyak tolong Meera dalam math. Dekat sekolah Meera pangil dia Maimaiii. Hehe. Mai ni kpopers! Semua cerita pasal kpop datang dari Mai dgn Nazihah. Mai ni tengok je macam ni, tapi sebenarnya dia kuat makan tau! Tak percaya? Haha! Percaya lah :b memang Mai ni kuat makan. Kalau masa rehat tengok je makanan dia. Tapi kalau korang mintak sikit makanan masa rehat mesti dia bagi. Baik hati gituuu! Lagi satu korang perlu tahu, tulisan Mai ni memang cantik. Semua homework dia kemas je. And dia lah yang selalu bagi Meera copy homework yang Meera tak sempat siap. Thank you so much Maimaii.
Nur Nazihah ; ni lagi sorang "kakak" Meera dalam kelas. Meera start kawan dengan Nazihah ni tahun lepas. Sebab masa form 2 baru kita orang satu kelas. Masa form 2 kita orang selalu pergi bilik KH sama-sama. Then nak di takdir kan jugak *cehhh ayat dia :b* tahun lepas Meera duduk depan Nazihah ni. And... tahu tak? Tahun ni jugak entah macam mana Meera still duduk depan Nazihah ni. Hehe. Cuma partner sebelah kita orang lain. Tak sama. Biasa kalau cikgu takde Meera kan pusing belakang :b apa lagi kalau tak berbual-bual. Tapi kalau banyak sangat homework Meera akan buat. Nazihah ni pun selalu tolong Meera. Dia memang pandai math. Ni pun lagi sorang suka kpop. Hihikss. Peminat tegar EXO ni :b lol.
Ashley ; Ni lagi sorang classmate Meera dari form 1. Comel kan dia? Hihi. Tahu dah. Korang nak tahu tak? Suara Ashley ni lembut gila-gila. Slow je kalau dia bercakap. Memang comel macam orang nya. Dia ni pun sopan santun tau :b haha. Kalau cikgu suruh baca karangan ke apa mesti satu kelas senyum-senyum. Sebab apa? Hehe sebab nya kita orang tak kan dengan suara Ashley ni dengan jelas. Haha, memang halus je suara dia! :)
#ballet
Ni lah Wen Chin, orang yang suka sangat menari ballet dalam kelas. Haha. Dia dengan lagi sorang, Yong Wei. Tahun lepas Meera duduk sebelah Wen Chin ni. Memang suka bercakap orang nya :b dia selalu tanya Meera! Memang selalu lah bebel-bebel. Ni lah yang buat Meera and Nazihah and partner yang duduk sebelah Nazihah selalu ketawa. Semua sebab Wen Chin ni funny :b hehe. 
#potter head
yep! Siapa dekat sini peminat Harry Potter? Mesti ramai kan? Hehe. Kawan Meera, Lee Min Hui pun peminat Harry Potter. Meera pun sama. Ingat lagi kita msj sambil tengok Harry Potter. Haha. Memang best lah. Dari Harry Potter start sampai lah Harry Potter habis. Kita orang msj je. Kalau tak silap setiap hari jumaat malam ada tayang kan cerita ni dari yang first sampai akhir. Selama HP ni di tayang kan jugak lah kita orang msj. Memang best ada classmate yang sekepala ni.
#kelas paling kreatif
Cakap pasal kelas paling kreatif mesti orang cakap pasal kelas kita orang. Yeahh! Memang kelas kita orang ni cantik :b sebab banyak hiasan. Dashboard kelas pun semua cantik! Serious! Sampai pengetua pun selalu puji. Ivy Tee lah orang yang banyak tolong dalam penyiapan keceriaan kelas! Hehe. 
#kelas paling bising
Kreatif kreatif jugak. Tapi kelas kita orang pun famous dengan kelas yang paling bising tau. Hahaha! Memang sangat famous :b hihihi.
Sorry lah, Meera tak dapat nak describe semua. Sebab kebanyakan nya Meera takde gambar dia orang. Hee! Jangan sedih k? :'b Banyak sangat kenangan yang kita lalui sepanjang jadi classmates 2013 ni. Ketawa, kena marah dengan cikgu, tapi tu semua tak jejas kan persahabatan kita. Yeah. Korang dah macam family. Ada yang menari ballet (Hang Wen Chin & Goh Yong Wei!!!), nyanyi ramai-ramai. Especially time birthday. Mesti kita akan nyanyi lagu happy birthday dalam 4 bahasa; Melayu, english, cina & tamil. Masa birthday Meera pun korang nyanyi kan. Memang rasa macam nak nangis masa tu. Hihiks. Walaupun kadang-kadang kita tak sepakat tapi korang still the best! Ada je idea yang nak baik semula. Memang BEST! Tak lupa jugak dekat "model" kelas, Emily (monitor) yang memang banyak sabar dengan kerenah kita orang satu kelas yang sememang nya suka sangat buat bising :b hehe! Ohh dengan Apoji -datuk dlm bahasa korea. tp tak tahu eja betul tak- (our asst. monitor yang suka sangat makan dlm kelas. hehe. kantoi!) yang selalu bebel time kita orang bising. Tapi kadang-kadang dia pun suka join sekali. Terima kasih semua! Kenangan dengan korang semua memang tak kan di lupaka sampai bila-bila. Serious :')
Semoga kita satu kelas & semua batch '98 akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Amin!
Guru kelas : Puan Murniayati Azilin bt Othman
SENARAI PELAJAR 3(3) SMK CANOSSIAN CONVENT, KLUANG 2013 :
Emily How (monitor), Gan Yee Shien (asst. monitor), Lee Min Hui, Tharaniya, Dineshwary, Lim Xin Ying, Lai Sok Ling, Nor Shafika, Ivy Tee, Ashley, Chai Jia Min, Goh Yong Wei, Hang Wen Chin, Tey Shin Ying, Jivani, Pan Zhi En, Pang Ming Shuen, Low Jit Xin, Tanisha, Ezza, Nur Nazihah, Maisarah, Nazera Illiyana, Jay, Waisu, Angeyln, Najihah, Dini, Hidayah, Shankeri, Kwan Shu Xuan, Chai Jing Ming, Chan Xiu Ting, Lau Wen Qi & Me!!! :b
gambar ni Meera ambik masa class party. Ingat nak ambik selfie dengan setiap orang. Hm, tapi tak sempat :'(
ni pulak gambar lepas PMR dlm makmal science. Rindu nyaaa :')
Haha. Okay lah. Rasa sampai sini je lah entri kali ni. Whoa! Rasa ni entri terpanjang dalam sejarah yang pernah Meera taip!! Kalau nampak typo ke apa, sorry lah. Meera tak sempat nak betul kan. Nanti kalau banyak masa lagi Meera betul kan okay? :) Sayang korang! Bye :')
#conventgirls #3(3) #2013 #smkcc #classmates #happening #sporting #loveya #muahhhhh! #friendships 

No comments :