HOME OWNER FRIENDS LINKIES

21 June 2013

6 pesanan Imam Ghazali.

Assalamualaikum :)
Gambar ni dah jelas kan semuanya :) 
Credit : @i_shah24
#SalamJumaat

Jerebu!

Assalamualaikum. 
Yeahh! Jumaat akhirnya. Tadi sebenarnya ada perjumpaan librarian untuk form 3 masal balik sekolah sampai pukul 2.00 pm. Tapi Meera dengan 2 orang lagi kawan Meera tak pergi. Sebab.. haha! Tak payah tahu la. Hmm, korang ada tengok berita tak pasal jerebu ni? Alahh, kalau tak ada tengok pun mesti korang tahu kan? Lagi-lagi kalau yang duduk dekat-dekat dengan Johor Bahru. Jerebu ada je dekat mana-mana. Meera belajar dekat sekolah pun susah. Susah nak focus, mata pedih! Belajar pun kita orang tutup tingkap dengan pintu. Haa! Macam belajar dalam gua kalau tak bukak lampu. Sekolah dekat dengan Muar ada yang dah cuti kan? Wee~! Best lah korang kan? Tapi tadi cikgu KH Meera cakap, kalau dah cuti nanti kena ganti balik :b Hehe. Tapi kalau cuaca dah teruk sangat memang semua kena cuti kan? Ganti tak ganti tu lain cerita. Hari rabu Meera pakai tudung hitam, bila nak pergi KH masuk je tengok dekat tudung dah ada benda warna putih! Wuu. Rasa macam salji je jatuh :b tapi ada beza salji dengan jerebu. Salji sejuk, jerebu tak! Salji tak membahayakan, jerebu membahayakan! Cehh-.- pandai je :b Haha! K la, mana tempat tinggal korang kena jerebu tu elak kan buat aktiviti dekat luar tau. Minum air masak banyak. 
credit : WeHeartIt
Bye! Assalamualaikum :)

15 June 2013

Ishh-.-

Assalamualaikum.
Korang pernah tak jadi macam ni? -.- Ishh, benda ni menyusahkan tau! Kejap kejap nak kena refresh. Tapi kadang-kadang kalau refresh beberapa kali pun benda nya still sama. So kena log out, then sign in balik. Nanti baru ada senarai blog yang kita follow tu. Tau tak macam mana nak elak kan benda macam ni? Sakit hati :x

Idea sempena bulan membaca peringkat sekolah.

Assalamualaikum.
Semalam masa balik sekolah ada perjumpaan untuk librarian dari pukul 12.05 p.m. sampailah 2.00 p.m. Then macam biasa cikgu buat ucapan. Tiba-tiba cikgu bagitahu tahun ni punya bulan membaca cikgu nak kita orang handle semua! Dari segi decoration, aktiviti-aktiviti and etc. Senang cerita sepanjang bulan membaca tu kita orang kena handle tanpa bantuan cikgu! A-Z! Fuhh~ Cikgu cakap cikgu akan sediakan duit, lepas tu yang lain kita orang fikir sendiri. Hmm. Setiap seorang mesti bagi idea untuk buat aktiviti apa masa bulan membaca ni. Btw, biasa setiap tahun semua sekolah akan sambut bulan membaca pada bulan Julai. Sebulan! And kakak pengerusi PSS nak idea kita orang di tulis dalam 1 kertas dan serahkan kepada ajk tingkatan hari selasa ni. Kakak tu cakap lagi, cuti minggu ni kena fikirkan betul-betul. Kalau ada 100 idea, 100 idea tu mesti tulis. Mana tahu kan ada yang sesuai. Lagi satu, korang pernah dengar tak pasal Scholastic? Alahh, yang order buku tu? Tapi yang ni semua buku english. Novel english. 
*ini antara catalog yang Meera simpan*
Haa. Ni lah yang Meera cakap tadi. Scholastic! Hoho. Actually macam ni, cikgu cakap sekolah Meera sekolah yang paling ramai pelajar beli. Maksudnya ramai budak sekolah Meera beli buku dari Scholastic ni. Cikgu cakap sekolah lain tak lah beli banyak macam mana sekolah kita orang *nampak tak yang kita orang ni memang suka baca novel-novel Scholastic! :b hehe* So nanti masa bulan membaca, cikgu dah confirm dengan kakitangan-kakitangan Scholastic untuk buat jualan dekat sekolah. Hehe. Yelah, sebelum ni kita orang isi borang, bagi duit and cikgu yang settle kan yang lain. Tapi kali ni 'orang-orang' Scholastic yang datang buat jualan dekat sekolah^^ excited! Tapi nanti sediakan je lah duit. Kalau buku dah depan mata, fuhh!! Rambang mata nanti. Tak tahu nak pilih yang mana! Haha. Hmm, kalau korang ada idea nak tolong Meera fikir aktiviti apa masa bulan membaca korang comment k idea korang tu. Tolong Meera? Boleh kan? *buat mata blink blink* 
byebye!

14 June 2013

Hadiah dari Jit Xin ♥

Assalamualaikum fellas.
Hehe. Hari tu Meera dapat hadiah dari classmate Meera! Cute gila-gila!
Comel tak? Haha. Hari tu dia tanya Meera suka warna pink ke coklat. Ofc Meera jawab pink! :b Then tiba-tiba lepas 2 hari tanya dia bagi Meera ni. Btw, nama kawan Meera tu Jit Xin. Dia cina. Kite orang duduk sebelah-sebelah dalam kelas^^ Best! Dia ni peramah. Kadang-kadang dalam kelas masa cikgu ajar, kita orang ketawa dekat belakang. And kadang-kadang, partner belakang kite orang pun join sekali. Lol. 
Jit Xin, Thankyou! 

08 June 2013

Mimpi.

Assalamualaikum fellas. 
Homework siap dah? :b hehe. Relax lah. Siapa yang tak buat lagi, esok still ada masa apa. Tapi baik jangan tangguhkan kerja. Nanti sampai ke sudah memang tak buat. Bila naik sekolah hari isnin, kena marah dengan cikgu. Haa.. kan dah susah? So apa  lagi pergi buat sana. Homework siap, hati pun senang :D 
Hmm. Nak cerita, malam tadi Meera mimpi someone ni. Alahh, kawan sekolah rendah dulu. Siapa? Yang tu tak payah tahu yea. Then pagi tadi ibu kejut suruh bangun sebab nak pergi cuci gambar untuk kerja kursus geografi. Bangun, mandi semua, ayah start enjin kereta terus pergi. Masa nak keluar rumah dekat simpang depan, nampak budak yang Meera mimpi tu! Naik motor. Kite orang punya rumah bukan taman yang sama. Maybe dia nak pergi rumah member dia, *tuttuuuut* hehe! 
Ohh okay, time jumpa tu Meera tengok dia. Dia maybe perasan Meera dalam kereta. Lepas tu terus pergi kedai gambar. Dah settle cakap nak cuci apa, auntie tu cakap nanti pukul 5 datang kedai ambik gambar. 
Lepas pergi kedai gambar, pergi giant pulak. Beli barang. Masa masuk tu, tempat pertama meera ajak ibu pergi dekat tempat ice-cream! Ambik ice-cream and beli lah sikit barang dapur. Nips! Hehe! Time tu ada offer. Ambik la banyak-banyak. Korang nak? Mehh, datang rumah. Bila dah siap ambik barang pergi bayar pulak dekat kaunter. Dah habis bayar pergi dekat kereta letak barang semua. 
Then!!! Tahu Meera jumpa siapa lagi? Meera jumpa budak yang Meera mimpi tu lagi. Wuu~ Dah lah malam tadi tiba-tiba mimpi pasal dia. Then nak keluar rumah terjumpa betul-betul depan mata! Nak balik rumah pun jumpa lagi? Whoa! Haha. Biasalah kalau jumpa kawan lama, mesti nak nyorok-nyorok kan? :b lama tak jumpa. Malu! Cehhhhhhhh-,- Hahaha!
Ice-cream + nips = perfect! Nyumm. Makan dulu.

Segmen Simple Giler by Ayna

Assalamualaikum! 
Hehe! Hari ini dah hari sabtu. Makna nya esok last cuti :( Hmm. Hoho. Tapi entri ni bukan sibuk nak cerita pasal habis cuti sekolah. Meera join GA lagi :D peace#
Meera dah buat semua syarat :D

Selalu Meera suka hari jumaat, tapi jumaat kali ni?

Assalamualaikum and hello bloggers!
Siapa yang tak suka hari jumaat? Hari terakhir sekolah dalam seminggu. Hari terakhir bekerja sepanjang hari, sebab biasa kalau kerja ni hari sabtu half day kan? Tapi bagi untuk budak-budak sekolah macam Meera ni lain pulak cerita bila tiba jumaat ni *semalam* tahu kenapa? Hmm! Sebab cuti sekolah dah nak habis. Whoa! Wait, dah dekat 2 minggu rupanya cuti sekolah. Tak perasan pun=,= Homework? Meera punya homework just salin rumusan folio sejarah dengan kerja lukis-lukis. Alhamdulilah dalam satu hari je dah boleh siapkan semua. Tapi.. rasa tak puas pulak cuti :( Rindu dekat kawan-kawan. Tapi.... naik sekolah nanti terus dapat result untuk exam setengah tahun ni. Duhh! Susah-susah! Ni yang tak suka bila tiba hari jumaat. Bila tiba hari jumaat maknanya sekolah dah nak dekat. Lepas ni trial untuk PMR pulak. Apa nak buat kan? Hmmm. Selamat malam.

07 June 2013

Giveaway "I Love U" Chocolate

Assalamualaikum :)
Hari ni nak join GA lagi. Weee! Excited sebab hadiahnya coklat! Siapa je yang tak suka coklat? *kecuali orang yang sibuk nak diet tu* hehe^^ lagi best bila menang korang boleh mintak untuk tulis apa je atas coklat tu. 
GA ini berlangsung selama seminggu. Apa lagi? Jom join. Tekan banner atas ni. 
Birthday ibu dah nak dekat. Mana tahu kalau menang ni boleh bagi ibu. Tak pun bagi ayah sebab hari bapa pun nak dekat dah! :)



P.S : nampak coklat atas tu. Err, tiba-tiba rasa lapar!

06 June 2013

Lapar :(

Assalamualaikum! :(
Hwaaa! Meera ni kalau malam-malam je mula lah lapar. Bila pergi dapur check apa-apa yang boleh makan. Hmm. Result dia hampehh sebab tak ada benda nak makan. Nak pulak ni ibu belum pergi beli barang dapar. Biskut tak ada, milo tak ada, susu tak ada, roti tak ada dan semua pun tak ada! -_- Aiyoo! Ni lah padah bila orang suruh makan petang tak nak. Kenyang lah apa lah! Sekarang lapar tak ada benda nak makan. Haa! Berlapar lah sampai esok pagi. Esok pagi tunggu sarapan je la. 
Jumpa gambar ni dekat We Heart It! Sedap nyaaaaaaaaaa :'(
k la nak sambung edit blog Miss AMNN. Siapa Miss AMNN? nak tahu? In shaa Allah nanti Meera update pasal AMNN ni okay?! bye.
BTW, dah tengok MV baru Taylor Swift ft. Ed sheeran - Everything has changed? Adorable! Ni yang rasa mcm nak ship TED♥ Hehehe!

Simple Giveaway #2

Assalamualaikum.
meera join^^

05 June 2013

Segmen +Follower II by Huda

Assalamualaikum (;
Weee~ Hehe. Sekian lama tak join GA/Segmen, and now Meera nak join!
korang nak join jugak? Tekan banner atas ni (:

Ada GA/Segmen yg best tak? Nak join!

Assalamualaikum! 
Blog Meera masih belum siap edit. Hahaha. Tingal sikit je. Relax la :b Btw, tadi Meera dah bw beberape org. Wahhh. Rasa lama dah tak BW blog org. Blog yg Meera BW tadi pun semua cantik-cantik! Jealous nya! :( Hee~ And setelah lama Meera tak join GA/Segmen, Meera akan start join semua tu balik. Korang ada tak GA/Segmen yg korang rasa Meera patut join? Kalau ada jgn lupa tinggalkan link ea? :D Sayang korang! K la nanti pukul 8, in shaa Allah Meera sambung BW.
Bye!

85% dah siap edit!

Assalamualaikum! (:

Hehe! Korang nampak tak berubahan dekat blog Meera? :b Ada? Ni lah 'baju' baru blog ni. Tapi Meera tak habis edit lagi. Nak tidur dah. Esok Meera kena datang sekolah. Dari pukul 8.30. Balik Meera tak sure pukul berapa. Hehehe. Okay. Nak post ni je. Nanti bila blog ni dah 101% siap, Meera bw blog korang semua ea? Jgn lupa tinggalkan link dekat cbox. Cbox lama Meera dah delete. Ni cbox baru!
Bye. Selamat malam bloggers! 


01 June 2013

Dalam proses edit blog.

Assalamualaikum (;
haii korang. sorrylah blog meera tengah edit sekarang ni. tu yg widget tp tu banyak tak ada. in shaa Allah kalau tak ada apa2, blog ni akan siap di edit esok. mintak2 lah. sebab sekarang pun tengah serabut, tak ade idea nak edit mcm mane. mane tak nye setiap kali cuti sekolah mesti edit blog. lama2 habis dah idea tak tahu nak edit mcm mane lg. haha! k la just nak bagitahu tu je. bye!
selamat malam!