HOME OWNER FRIENDS LINKIES

29 December 2013

Ahad terakhir.

ASSALAMUALAIKUM
Seperti korang sedia maklum yang Johor dah tukar cuti dari Sabtu & Ahad ke Jumaat & Sabtu. Hmm, mesti rasa awkward gila nanti kan? Tapi in shaa Allah, lama-lama biasa lah. Tapi tadi ada sorang kawan sekolah Meera (budak cina) cakap dekat wechat yang sekolah Meera cuti macam biasa. Means, hari sabtu & ahad. Dia kata sebab sekolah Meera ni bukan sekolah semua melayu. Convent. Biasa lah. Campur. Bukan islam je. Tapi kalau di ikutkan memang 75% semua bukan pelajar islam. Err, tapi tak lagi confirm. Kalau betul lah apa yang kawan Meera cakap, pheww! Alhamdulilah :b haha. Bukan nya Meera tak nak cuti hari Jumaat. Tapi.. Memang dah terbiasa dari kecik cuti sabtu. 
P/S : Sekolah Meera semua perempuan. Cikgu lelaki pulak kebanyakan bukan islam. So boleh lah cuti hari jumaat kan? :b hehe. Lebih-lebih pulak. 
Adios!

28 December 2013

Sekolah.

ASSALAMUALAIKUM
Tak lama lagi. Sekejap je lagi-.- err. Actually lagi berapa hari je kan dah nak naik sekolah. Fuhhhh fuhhfuhh, macam-macam rasa. Excited, malas, ehh semua nya lah rasa. Barang sekolah Meera pun tak lengkap lagi. Beg, tudung & pen tak beli lagi. Ingat semalam nak keluar pergi beli. Tapi.. tak jadi. Rasa malas nak keluar. Nak menghabis kan masa cuti sekolah duduk rumah. Hah, pulak! :3 Macam-macam. Hehe.
P/S : Excited nak jumpa kawan-kawan je. Hehe! 
Adios!

27 December 2013

Loading...

ASSALAMUALAIKUM
Eunji from Apink 
Urghh, sakit hati bila internet lambat. Loading sana loading sini-.- Tadi ingat nak join 2 GA. Tapi bila nak follow, Ya Allah. LAMBAT! Terus batal kan niat nak join :( haa! Sadis betul! GERAM!

25 December 2013

Random.

ASSALAMUALAIKUM
Berapa hari dah blog ni menyepi, takde post sebab balik kampung. Hihikss, sama macam sebelum ni. Tapi sebelum ni lagi lama kot. Berbulan-bulan. Memang cadang lepas je dari PMR nak aktif balik dekat blog. Tapi lepas je exam, hah! Tak aktif pun. Haha. Sibuk dengan aktiviti lepas PMR pulak. Tahun depan? Hmm, tak tahu lah apa jadi pulak dengan blog ni. 
Baju, beg, kasut & barang-barang sekolah dah beli? Meera satu pun tak beli lagi. Haha. Rasa esok baru nak start pergi beli. Lagi satu, tengah fikir. Sama ada tahun depan nak terus jadi librarian or tak. Tak decide lagi!
Tak tahu lagi nak bebel apa, hmm. Adios!

20 December 2013

Contest Azam Hijrahku by Dunia Zumal

ASSALAMUALAIKUM
Hehe, tadi tengok cbox. Abang Zumal jadi followers Meera yang ke-450. Meera nak follow balik blog abang Zumal ni, then ternampak abang Zumal ada buat GA. Jom ramai-ramai kita join GA abang Zumal ni^^
Nak join? Tekan banner atas ni^^
Azam hijrah ku ialah untuk terus berusaha tanpa berputus asa. Since keputusan PMR Meera yang baru-baru ni lebih banyak B dari A, tahun 2014 ni Meera nak lebih focus. In shaa Allah. Meera jugak nak jadi anak lebih soleh. Paling penting tahun depan tak nak tinggal-tinggal solat dah :)
Btw, Meera ada terbaca pasal kucing abang. Hmm. Mesti sedih kan? Kucing Meera dulu hilang taktahu dekat mana. Lama tak balik rumah :')
Adios!

Segmen Sahabat Selamanya II

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


 


"Segmen Sahabat Selamanya II" adalah sambungan daripada Segmen Sahabat Selamanya yang pernah hani anjurkan sebelum ini. Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama  blogger.Bak kata pepatah“ yang jauh,didekat-dekatkan, dan yang dekat,dirapat-rapatkan”.
Segmen ini diadakan selama dua minggu,iaitu bermula pada 07/12/13 sehingga 11.59 malam pada 21/12/2013.

Segmen Sahabat Selamanya II by DiyanaHani di jayakan oleh DiyanahaniERAZ FadliNORLIDA, Hajar , Wanie , Hannah, dan Akofena Enterprise. Terima Kasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada para sponsor. 


Diharap semua blogger sudi merajinkan diri menyertai segmen ini.
Jangan lupa blogwalking untuk mencapai tujuan utama segmen ini diadakan.   

APA TUNGGU LAGI!!! 
KLIK BANNER DAN JOIN.KALAU TAK BOLEH KLIK BANNER,KLIK AYAT KAT BAWAH BANNER YER...JOM JOIN.CARI KAWAN RAMAI-RAMAI.. 

19 December 2013

Giveaway Peserta Bertuah



KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013

Keputusan.

ASSALAMUALAIKUM
Yang ambil PMR macam mana keputusan korang? Apa pun yang korang dapat tahniah! Meera? *lap air mata* alhamdulilah, okay lah kot? Takde yang fail, C & D pun takde. Ada A dgn B. Cuma A tu tak berapa nak banyak. Hehe. Memang sedih apa yang Meera target tak dapat. Nak buat mcm mana. Orang ckp menyesal pun dah tak guna sebab benda tu dah lepas pun kan? :')
Form 4 nanti Meera rasa nak ambil aliran perakaunan. Tak pun apa je aliran yang ada kena dengan penulisan. Wuuwu~ Hehe, apa pun tunggu je lah tahun depan.
Stop crying, wipe your tears. Stand ahead, move on. Start a new life. Everyday is a second chance. Allah always with you 
Adios!
P/S : Tak nak lah bagitahu Meera dapat berapa :'( Tak rasa nak bagitahu lagi. Hmm, yg pasti memang bukan straight A lah. 

18 December 2013

PMR PMR PMR!

ASSALAMUALAIKUM
Tahu kan esok keputusan PMR tahun ni akan keluar? Hanya Allah je yang tahu macam mana Meera rasa sekarang ni *dupdapduuuupdap* Adakah esok Meera menangis sebab gembira? Atau sebalik nya? Hmm. Serious takut! BERDEBAR! Rasa macam tak nak je pergi muncul kan diri dekat sekolah esok. Nak duduk dalam bilik, kunci pintu bilik, nangis sorang-sorang. Ha ha ha :( Untuk semua batch 98' yang nak ambik result esok, GOOD LUCK okay? Meera doakan semoga semua batch 98' dapat keputusan yang cemerlang. Amin.
Ya Allah, Engkau permudahkan lah segala urusan kami pada esok hari. Amin.
Saja update awal. Mana tau esok Meera sedih sangat sampai tak boleh nak update. Hehe! Doa kan Meera ya? :)
Adios!
P/S : Korang ada instagram? Follow Meera k? http://instagram.com/meeraishak98. Nak Meera follow back? Tinggal kan username korang dekat comment bawah ni! :)

16 December 2013

Followers yang ke 444

ASSALAMUALAIKUM
*dalam kotak pink tu followers ke 444 Meera*
Tadi bukak blog, tengok followers ada 444! Haha, alhamdulilah. Setahun lebih dah Meera buat blog ni, bebel macam-macam dalam blog ni. Hehe. Terima kasih yang follow blog Meera. Nak Meera follow balik? Boleh je. Tinggal kan link korang dekat entri ni, takpun dekat cbox. Nanti Meera follow balik yea :)
THANK YOU SO MUCH! ILY

15 December 2013

Instagram?

ASSALAMUALAIKUM
Siapa ada instagram dekat sini? Hehe. Kalau ada meh follow Meera^^ Meera baru lagi dekat insta ni. Korang follow Meera, nanti Meera follow balik. Jangan risau :)

Instagram
Tekan button atas ni okay? 
Insta : @meeraishak98
I LOVE YOU! hehe.

14 December 2013

13.12.13

ASSALAMUALAIKUM
13.12.13 tu semalam, haha. Memang Meera update lambat sebab semalam penat *penat buat apa pun taktahu. hehe*. Actually semalam BIRTHDAY AYAH & TAYLOR SWIFT (!!!) Haha, excited betul. Sehari sebelum birthday ayah Meera tidur awal. Ingat tepat pukul 12.00 am nak wish, haha. Tertidur. Tapi pukul 12.12 am Meera tersedar. So ambik phone msj "Happy birthday!" and tengok-tengok tertidur balik. Haha, dengar ada msj masuk. Tapi Meera tak baca pun. Terlalu mengantuk :b esok pagi nya baru Meera check. Hehe! Tak lupa jugak dekat Taylor Swift! 
-Sorry, entri ni memang takde gambar nak upload. Memandang kan phone Meera pun tengah "sakit" haha. So takde lah. Hehe-

13 December 2013

Hilang!!!

ASSALAMUALAIKUM
Hilang!! Habis semua hadiah yang Meera dapat hilang! Sebelum kakak Meera kawen, Meera ada kemas hadiah-hadiah tu semua. Meera letak dalam satu kotak. Then tadi, baru Meera teringat pasal kotak tu. And cari-cari tak jumpa!!!!! Urghh, dalam kotak tu ada hadiah dari kawan-kawan Meera, Jit Xin, hadiah birthday bulan Mac haritu. T-T warghhh! Sedih nyaaaaaaaaaaaa. 

12 December 2013

Kalau esok hari terakhir Meera?

ASSALAMUALAIKUM
Wah tajuk bukan main lagi kan? :b hehe! Sebenarnya macam ni, tadi Meera bukak ask.fm. Bila Meera bukak ada "someone" tanya soalan. Dia tanya ;
Haha! Antara banyak soalan yang korang tanya, soalan ni yang paling menarik! Menarik untuk nak jawab. See, siap buat entri lagi :b *act saje je. Haha. Takde idea nak bebel apa. Tulis entri ni pun jadi lah* 
--Err, sorry bebel. Tapi bawah ni jawapan untuk soalan tu--
Benda pertama yang Meera nak cakap; TERIMA KASIH! Terima kasih dekat ibu & ayah Meera sebab dah susah payah besar kan Meera, jaga makan minum, bagi tempat duduk yang selesa *laptop! internet! haha! handphone*, baju and semuanya lah! PERFECT! Tak pernah pun ada yang kurang. Bagi Meera belajar :) Semua tu dah cukup. Meera nak ucap kan terima kasih dekat semua orang yang pernah hadir dalam hidup Meera (bestie! cousin, Fira! kawan-kawan!), bayang kah lah kalau korang takde dalam hidup Meera sebelum-sebelum ni mesti Meera susah kan? Yelah, korang dah banyak dengar isi hati Meera. Dengar Meera nangis malam-malam. Sudi dengar apa yang Meera nak luah kan. Terima kasih! :) Kalau memang betul esok hari terakhir Meera *jodoh, maut semua nya di tangan Allah kan? Siapa tahu kalau betul ke? :)* halal kan semua nya okay? Halal kan apa yang korang dah bagi dekat Meera. Maaf kalau sebelum-sebelum ni ada yang sakit hati sebab salah Meera sendiri. Sorry! Maaf kan tau?! Nanti kalau Meera dah takde, jgn lupa sedekah kan al-fatihah *lap air mata* . Haha! Ter"emo" pulak :') 
Haha, okay tu je lah jawapan untuk soalan tu. Memang banyak lagi nak cakap. Tapi... kalau tulis satu persatu memang sampai esok pun tak tentu siap lagi entri ni kan? :b
UNTUK ORG YANG TANYA SOALAN TU : You made me cry! Haha :'D
Bye! Sorang korang 

10 December 2013

Classmates.

ASSALAMUALAIKUM
Classmates? Hehe. Okay memang dari semalam Meera nak update entri pasal classmates. Tapi semalam lepas tengok Catfish dekat MTV rasa malas pulak nak menaip. Lagi-lagi lepas makan coklat cadbury yang ibu baru beli. Bertambah-tambah kemalasanya untuk menaip :b okay. Meera rasa baik stop bebel and tulis pasal classmates. Hihikss, sorry!
Ni gambar kelas Meera. Hehe, setiap tahun memang ambik dua. Satu untuk masuk kan dalam majalah sekolah, satu lagi bebas.
Semua cover muka. Haha.
Haha. Peaceeeee! ^^v Comel kan cikgu Murni :b
Ni pulak gambar masa nak buat video untuk Hari Guru! *ni tak semua ada. ada beberapa balik orang awal*
Meera dah berkawan dengan dia orang semua ni dekat nak 3 tahun dah. Yep, memang best berkawan dengan dia orang semua. Semua sporting. Hehe, ni baru nak bermula entri ni. Meera kenal kan sorang-sorang okay? *maybe tak semua :b yang Meera rapat je lah. Hehe*
Low Jit Xin ; Kita orang memang classmate dari form 1 lagi. Ingat tak sebelum ni Meera ada update satu entri pasal kawan Meera yang ni. Dia ni duduk sebelah Meera dari awal tahun sampai lah nak exam PMR. Dia yang banyak tolong Meera kalau ada yang tak faham math. Dia selalu cerita pasal idol dia (Show! *penyanyi Taiwan kot*) and kita orang selalu cerita macam-macam. Kalau masa sejarah, kita orang suka ketawa-ketawa walaupun cikgu dekat depan tengah mengajar :b err. Sorry cikgu Shima. Janji tak buat lagi. Hihi. Thanks Jit Xin. Thanks for everything. Harap friendship kita kekal sampai bila-bila. Sekarang pun memang still contact, wechat kan ada. Hehe!
*time ni Meera tengah blur. Hehe*
Nazera Illiyana ; Ni lagi sorang. Hihi, Meera dengan Nazera memang classmate dari sekolah rendah lagi. Naik sekolah menengah pun still classmate. Dia ni pun "gila-gila" orang nya. Sporting. Dekat sekolah selalu gossip pasal Josh Hutcherson, Zac Efron and etc. Senang cerita semua yang handsome-handsome dia tahu pasal dia orang. Haha. Meera pun kalau bab-bab ni memang join sekali. Sekepala :b dalam kelas agama kita orang duduk belakang sekali. Dah 2 tahun duduk dekat tempat yang sama. Biasalah kalau dah duduk belakang memang bercakap je. Hehe! Tapi masa ustazah kita orang mengajar dekat depan kita orang focus k. Cuma masa nak buat kerja je kita orang banyak cakap :3 dia pun banyak tolong Meera. Thank you Nazera!
*kiri; Mai, kanan; Nazihah*
Maisarah ; dia ni lah "kakak" Meera dalam kelas. Suka bebel. Hahaha. Memang happening gila kawan dengan dia. Dia pun banyak tolong Meera dalam math. Dekat sekolah Meera pangil dia Maimaiii. Hehe. Mai ni kpopers! Semua cerita pasal kpop datang dari Mai dgn Nazihah. Mai ni tengok je macam ni, tapi sebenarnya dia kuat makan tau! Tak percaya? Haha! Percaya lah :b memang Mai ni kuat makan. Kalau masa rehat tengok je makanan dia. Tapi kalau korang mintak sikit makanan masa rehat mesti dia bagi. Baik hati gituuu! Lagi satu korang perlu tahu, tulisan Mai ni memang cantik. Semua homework dia kemas je. And dia lah yang selalu bagi Meera copy homework yang Meera tak sempat siap. Thank you so much Maimaii.
Nur Nazihah ; ni lagi sorang "kakak" Meera dalam kelas. Meera start kawan dengan Nazihah ni tahun lepas. Sebab masa form 2 baru kita orang satu kelas. Masa form 2 kita orang selalu pergi bilik KH sama-sama. Then nak di takdir kan jugak *cehhh ayat dia :b* tahun lepas Meera duduk depan Nazihah ni. And... tahu tak? Tahun ni jugak entah macam mana Meera still duduk depan Nazihah ni. Hehe. Cuma partner sebelah kita orang lain. Tak sama. Biasa kalau cikgu takde Meera kan pusing belakang :b apa lagi kalau tak berbual-bual. Tapi kalau banyak sangat homework Meera akan buat. Nazihah ni pun selalu tolong Meera. Dia memang pandai math. Ni pun lagi sorang suka kpop. Hihikss. Peminat tegar EXO ni :b lol.
Ashley ; Ni lagi sorang classmate Meera dari form 1. Comel kan dia? Hihi. Tahu dah. Korang nak tahu tak? Suara Ashley ni lembut gila-gila. Slow je kalau dia bercakap. Memang comel macam orang nya. Dia ni pun sopan santun tau :b haha. Kalau cikgu suruh baca karangan ke apa mesti satu kelas senyum-senyum. Sebab apa? Hehe sebab nya kita orang tak kan dengan suara Ashley ni dengan jelas. Haha, memang halus je suara dia! :)
#ballet
Ni lah Wen Chin, orang yang suka sangat menari ballet dalam kelas. Haha. Dia dengan lagi sorang, Yong Wei. Tahun lepas Meera duduk sebelah Wen Chin ni. Memang suka bercakap orang nya :b dia selalu tanya Meera! Memang selalu lah bebel-bebel. Ni lah yang buat Meera and Nazihah and partner yang duduk sebelah Nazihah selalu ketawa. Semua sebab Wen Chin ni funny :b hehe. 
#potter head
yep! Siapa dekat sini peminat Harry Potter? Mesti ramai kan? Hehe. Kawan Meera, Lee Min Hui pun peminat Harry Potter. Meera pun sama. Ingat lagi kita msj sambil tengok Harry Potter. Haha. Memang best lah. Dari Harry Potter start sampai lah Harry Potter habis. Kita orang msj je. Kalau tak silap setiap hari jumaat malam ada tayang kan cerita ni dari yang first sampai akhir. Selama HP ni di tayang kan jugak lah kita orang msj. Memang best ada classmate yang sekepala ni.
#kelas paling kreatif
Cakap pasal kelas paling kreatif mesti orang cakap pasal kelas kita orang. Yeahh! Memang kelas kita orang ni cantik :b sebab banyak hiasan. Dashboard kelas pun semua cantik! Serious! Sampai pengetua pun selalu puji. Ivy Tee lah orang yang banyak tolong dalam penyiapan keceriaan kelas! Hehe. 
#kelas paling bising
Kreatif kreatif jugak. Tapi kelas kita orang pun famous dengan kelas yang paling bising tau. Hahaha! Memang sangat famous :b hihihi.
Sorry lah, Meera tak dapat nak describe semua. Sebab kebanyakan nya Meera takde gambar dia orang. Hee! Jangan sedih k? :'b Banyak sangat kenangan yang kita lalui sepanjang jadi classmates 2013 ni. Ketawa, kena marah dengan cikgu, tapi tu semua tak jejas kan persahabatan kita. Yeah. Korang dah macam family. Ada yang menari ballet (Hang Wen Chin & Goh Yong Wei!!!), nyanyi ramai-ramai. Especially time birthday. Mesti kita akan nyanyi lagu happy birthday dalam 4 bahasa; Melayu, english, cina & tamil. Masa birthday Meera pun korang nyanyi kan. Memang rasa macam nak nangis masa tu. Hihiks. Walaupun kadang-kadang kita tak sepakat tapi korang still the best! Ada je idea yang nak baik semula. Memang BEST! Tak lupa jugak dekat "model" kelas, Emily (monitor) yang memang banyak sabar dengan kerenah kita orang satu kelas yang sememang nya suka sangat buat bising :b hehe! Ohh dengan Apoji -datuk dlm bahasa korea. tp tak tahu eja betul tak- (our asst. monitor yang suka sangat makan dlm kelas. hehe. kantoi!) yang selalu bebel time kita orang bising. Tapi kadang-kadang dia pun suka join sekali. Terima kasih semua! Kenangan dengan korang semua memang tak kan di lupaka sampai bila-bila. Serious :')
Semoga kita satu kelas & semua batch '98 akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Amin!
Guru kelas : Puan Murniayati Azilin bt Othman
SENARAI PELAJAR 3(3) SMK CANOSSIAN CONVENT, KLUANG 2013 :
Emily How (monitor), Gan Yee Shien (asst. monitor), Lee Min Hui, Tharaniya, Dineshwary, Lim Xin Ying, Lai Sok Ling, Nor Shafika, Ivy Tee, Ashley, Chai Jia Min, Goh Yong Wei, Hang Wen Chin, Tey Shin Ying, Jivani, Pan Zhi En, Pang Ming Shuen, Low Jit Xin, Tanisha, Ezza, Nur Nazihah, Maisarah, Nazera Illiyana, Jay, Waisu, Angeyln, Najihah, Dini, Hidayah, Shankeri, Kwan Shu Xuan, Chai Jing Ming, Chan Xiu Ting, Lau Wen Qi & Me!!! :b
gambar ni Meera ambik masa class party. Ingat nak ambik selfie dengan setiap orang. Hm, tapi tak sempat :'(
ni pulak gambar lepas PMR dlm makmal science. Rindu nyaaa :')
Haha. Okay lah. Rasa sampai sini je lah entri kali ni. Whoa! Rasa ni entri terpanjang dalam sejarah yang pernah Meera taip!! Kalau nampak typo ke apa, sorry lah. Meera tak sempat nak betul kan. Nanti kalau banyak masa lagi Meera betul kan okay? :) Sayang korang! Bye :')
#conventgirls #3(3) #2013 #smkcc #classmates #happening #sporting #loveya #muahhhhh! #friendships 

09 December 2013

Yeay! Blog dah bertukar.

Blog dah bertukar? Bertukar jadi apa? Transformers? Haha. Tak la :3 Blog Meera bukan nya robot boleh bertukar-tukar. Actually, blog ni dah Meera tukar sikit-sikit malam tadi. Memang tak nak tukar semua. Yang Meera tukar just header, gambar and beberapa lagi. Tapi maybe Meera akan tukar lagi sikit. Hehe. Semalam Meera buat header je dah berapa jam *ni semua sebab lama sangat tak guna photoshop. Dah lupa :b* adjust size semua. Memang susah sebab dah lama sangat tak edit. Lupa semua. Hehe.
*ni sebelum edit*
Yang atas ni pulak selepas edit. Memang Meera tak tukar semua. Cuma nanti gambar dekat sidebar tu Meera nak tukar jugak. Tapi s2 Meera punya bateri tak betul-.- so nanti bila dah betul baru Meera tukar. Dekat header yang baru ada '' gambar kucing. Comel kan? :b Meera pun tak tahu kenapa Meera letak gambar tu dekat situ. Haha.
Pendapat korang tentang perubahan ni? Comment ye ;)
Adios!


08 December 2013

December?

Assalamualaikum. Hi *lambai tangan*
*ni gambar masa class party*
Dah lapan hari pun masuk bulan 12 ni :b Meera baru sibuk nak update entri. Tu lah kalau jadi bila malas nak menaip. Ckp pasal masuk bulan 12 ni, hm tak lama lagi keputusan PMR nak keluar dah. Kalau tak silap keluar results 10.12.13 ni? Rasa memang betul. Maksudnya tinggal 2 hari je (!!!) Haha, siapa yg tak kecut perut. Tapi serious Meera ckp, masa PMR memang Meera tak serious. Haihh, nak menyesal? Dah terlambat pun. Doa je lah :) *ape yg Meera buat tak nak lah cerita dkt sini. MALU -////-* tp apa-apa pun korang doakan Meera ye? Doakan untuk semua batch '98. Minta-minta semua dapat keputusan yg cemerlang. AMIN!
Hehe. Meera update simple je harini. Lama sangat tinggal blog ni. Berhabuk. In shaa Allah, blog ni akan bertukar wajah tak lama lagi. Tp sikit je lah. Malas nak edit banyak-banyak :b hehe.
Jumpa dalam entri yg seterusnya! 
Bye. Assalamualaikum.

Kepada mangsa-mangsa banjir, jaga kesihatan korang tau! Jgn main air!