HOME OWNER FRIENDS LINKIES

Administrator.

Assalamualaikum. Hai.
Biodata :
Meera di lahirkan pada 14 Mac 1998 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Anak kepada Ishak dan Azizah. Seorang yang berumur 15 tahun (2013). 
Mula bersekolah pada tahun 2004 iaitu ketika berumur 6 tahun di Tabika Kemas Kluang, Johor. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke darjah 1 pada tahun 2005. Menghabiskan selama 6 tahun (2005-2010) sebagai seorang pelajar sekolah rendah di SK Seri Intan, Kluang, Johor. Pasa tahun 2010 (darjah 6), Meera telah mendapat 3A2B (A-BM Pemahaman, BM Penulisan, Math/B-Science, English) dalam UPSR.
Seterusnya, Meera melanjutkan pelajaran sebagai pelajar sekolah menengah di SMK Canossian Convent, Kluang, Johor, dalam tingkatan 1(3). Masih berlajar di sekolah yang sama pada tahun ni dan berada di dalam tingkatan 3(3). Meera juga bakan menduduki peperiksaan PMR sebagai batch yang terakhir pada tahun ini. Telah berazam untuk mendapat 8A dalam PMR tahun ini *amin*.
Merupakan salah seorang peminat Taylor Swift. #Swifties forever ♥ Meera juga meminati kumpulan muzik yang terkenal One Direction. Lebih obses dengan ahli kumpulan One Direction yang bernama Niall Horan. Meminati beberapa lagi orang artis barat seperti Justin Bieber, Selena Gomez, Taylor Lautner dan Cole Sprouse.
Suka berkawan dengan ramai orang, mungkin sedikit sombong untuk yang baru kenal. Meera juga merupakan seorang yang sangat obses dengan coklat dan juga seorang peminat pink yang tegar. Minat dengan penulisan novel dan bercita-cita untuk menjadi seorang penulis novel yang terkenal seperti Ain Maisarah.

About this blog :
Daisypath Happy Birthday tickers
Blog ini ditubuhkan pada 29 Febuari 2012 *hanya sambut birthday 3 tahun sekali. How sad!* Blog ini ditubuhkan oleh Meera sendiri dengan menggunakan coklatcomel.blogspot.com sebagai url blog. Mengambil keputusan untuk menggunakan nama sendiri sebagai url blog, akhirnya url blog ini bertukar menjadi meeraishak.blogspot.com
Pada mulanya Meera menubuhkan blog ini untuk suka-suka. Meera juga seorang yang jarang meng-update blog. Beberapa bulan selepas itu, Meera telah 'men-join-kan' diri untuk memasuki GA pertama. Dan bermula dari GA tersebutlah Meera menjadi minat untuk menjadi seorang blogger. Meera juga pernah bercita-cita untuk menjadi seorang blogger yang terkenal suatu hari nanti seperti kakak Maria Elina, kakak Lyssa, kakak Nabila Medan, kakak Amalina Lee dan kakak Mira Hussin. 
Pada mula memegang blog ini, Meera kurang dengan bahagian 'edit-mengedit'. Pernah menggunakan blogskin sebagai template blog. Setelah beberapa bulan ber-blogging, Meera mula faham tentang cara edit blog, how to fix error. Alhamdulilah, dengan usaha sendiri dan menggunakan tutorials dari blog-blog tertentu terhasillah blog Pink ini dengan idea sendiri.